Pages

Kuasa, Peranan dan Tugas Pengarah Syarikat




1)    Fidusiari
- iaitu bertindak untuk kepentingan syarikat, tidak menghadapi percanggahan kepentingan antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri dan menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau diperuntukkan. Menjalankan tugas dengan berskil(kepakaran), berhati-hati dan berusaha sewajarnya.

2)    Tugas statutori    
- menjalankan tugas dan memenuhi kewajipan mengikut peruntukan yang wujud dalam Akta Syarikat seperti :-
·       Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) ( Seksyen 167)
·       Menyediakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan (Seksyen 165)
·       Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (Seksyen 167)
·       Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) (Seksyan 169)
·       Melantik Juruaudit pertama (Seksyen 172)
·       Melantik Setiausaha yang berkelayakan (Seksyen 139)

3)    Kuasa Pengurusan (Artikel 73)
- Pengarah perlulah bertanggungjawab ke atas urusan tadbir Syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan kepada Pengarah mengikut Aritikel adalah :-
·       Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran Syarikat
·       Menjalankan semua kuasa Syarikat untuk meminjam wang dan untuk menggadai atau menanggung aku janji, harta, dari modal yang tidak dipanggil
·       Menjalankan kesemua kuasa Syarikat yang berhubung dengan mana-mana menterai rasmi untuk kegunaan di luar Malaysia dan yang berhubung dengan daftar-daftar cawangan
·       Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil Syarikat melalui surat kuasa wakil
·       Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan semua cek, nota perjanjian, draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana dua orang pengarah Syarikat atau apa-apa cara yang diputuskan dari semasa ke semasa

Menyebabkan minit-minit yang dibuat, berhubung dengan semua perlantikan pegawai-pegawai Syarikat, nama Pengarah Syarikat yang menghadiri mesyuarat dan semua prosiding dalam mesyuarat